Monday, September 7, 2009

Pantun Lawak Hari Raya

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Wednesday, March 4, 2009


Bergetar jiwa dipersada bercahaya

Pertemuan harapan pertama kalinya

Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi

Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta

Walau seketika terjalin kasih kita

Mungkin disini kita kan terpisah

Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati

Seiringan mencari haluan berseni

Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi

Tiada pun terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta

Walau seketika terjalin kasih kita

Mungkin di sini kita kan terpisah

Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis

Semuanya bagiku terindah

Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta

Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Wednesday, November 19, 2008

SaHabaT sEjati


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


1.Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3.Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5.Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6.Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7.Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:


1.Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2.Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3.Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
4.Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
5.Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Erti SahaBAt


Setiap orang perlukan kawan,
teman, geng dan orang yang boleh kita berhubung,
tapi adakah itu kawan?
Geng warung kopi, member seperjuangan,
member lepak-lepak, rakan-rakan sekolah atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil, tiada prejudis, tiada perbezaan,
tiada pertandingan, tiada persaingan.
Sehingga suatu hari kita belajar untuk membuka mata dan kita mula nampak dunia tidak sekadar hitam dan putih.
Tak de hal ...
sekarang nie setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas.
Tak yah keluar rumah, duduk atas kerusi,
tenung skrin komputer dan keletak keletuk je keyboard,
boleh suka benda yang sama,
tak suka pun tak pe.
Kenal tak kenal belakang cerita,
risiko di tanggung sendiri
kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.